Tips 2 : Bersihkan Brush Makeup Paling Mudah - Mushy Zaini

Tips 2 : Bersihkan Brush Makeup Paling Mudah

January 08, 2019


Afternoon korang, okay harini saya nak share macam mana nak bersihkan brush makeup secara DIY without any specific brush makeup punya soap and tools. Mudah je cara ni yang penting jimat masa, tenaga & wang ringgit.

Bahan - bahan yang diperlukan :
1. Sebekas air panas (tak kisah berapa banyak)
2. Hair Shampoo (Any of brands)
3. Brush Makeup yang hendak dicuci
4. Silicon brush

 


Cara - caranya :
1. Tuang hair shampoo ke dalam bekas berisi air panas tadi. Kemudian kacau biar sebati
2. Ambil brush makeup yang hendak dicuci tadi kemudian putar-putarkannya di dalam bekas berisi air panas dan shampoo tadi. Buat satu demi satu
3. Kemudian, ambil brush makeup tadi kemudian gosok secara lembut je di atas silicon brush tersebut sehingga keluar kotoran makeup sebelum ni.
4. Bila dah yakin bersih, bilas dengan air bersih kemudian jemur.
5. Pastikan berus tidak dijemur direct to sunlight, better kawasan yang indoor tapi dapat cahaya matahari. Nak elak habuk dari melekat boleh jemur sambil tutup dengan plastik bersih diatas berus-berus tersebut

Jadi, itu sahaja caranya. Mudah, dan brush makeup kembali seperti asal. Perlu untuk kita selalu mencuci berus makeup sekurang-kurangnya 1minggu sekali.

Kerana, brush dan beauty blender yang dah bercapuk makeup akan menyebabkan makeup kita tidak sekata dan tidak dapat diblend dengan baik. Jadi, nak nampak makeup kita on point, brush and beauty blender atau tools tu yang penting instead of product.

Jadi, rajin-rajinkan mencuci brush makeup kita semua okay?

Mushy Zaini 

You Might Also Like

4 comments

  1. kite ada sbatang je brush. semua guna yang tu ngeh2.. lebih kurang cara cuci tapi CT tak guna air panas. tibai je air sejuk. boleh cuba air panas lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Mus guna air panas untuk betul-betul bersihkan and senangkan kotoran keluar. Haha dulu kita guna satu brush je jugak lama lama, upgrade sikit sebab lain function heheh

      Delete
  2. mudah rupanya nak basuh berus makeup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah fara mudah je. Ini cara mudah dan more affordable lah daripada beli specific brush cleanser

      Delete

Food Review : Kyochon 1991