Hangout 1 : Escape Theme Park, Penang

November 16, 2017

Image result for escape penang theme park




Hangout 1

Date : May 2016
Venue : Escape Theme Park, Penang

Assalamualaikum semua, yeahhhh !!! hasrat nak perabis duit plus nak enjoy waktu cuti semester 1 dekat mrsm termakbul hehe. 

Cuba teka. saya pergi mana?

hehehe. nak bagi cekelat ni. jawapann dia, saya pergi Escape Park Penang !!!!

Excited dia memang tahap monyet lompat lah hehe. seronok weh, penat tu biasalah tapi at least saya berjaya kurangkan rasa takut dan gayat tau . you should try !

ada monkey-bar and mcm mcm,  dia punya kepuasan bermain tu 100% lah bila kau berjaya settle kan. tapi, dia punya giveup pon tinggi kalau kau tak berjaya habiskan hehe.

kalau nak cakap pasal harga tu ehem ehem hehe.kalau beli online, inshaAllah murah lagi. tapi macam kitorang beli dekat sana plus guna student card kot ke dak hhaha tak ingat. so harga jadi RM78 seorang. tapi berbaloi lah dengan kepuasan plus keselamatan yg diberikan. jangan risau, tali tu kukuh inshaAllah. tak jatuh punya. kalau hat jenis berat tu kalau naik firefox, jangan risau. kalau tersangkut tengah jalan nanti abang abang sado baling tali and bantu anda ke penghujung jgk haha no worries. anda tidak akan tergantung sepi di situ hehe.

kalau berminat nak pi. boleh lah tengok websites http://www.escape.my/ okay ? dekat bawah saya ada belanja gambar gambar permainan yang ada dekat escape penang plus, gambar kitorang having fun dekat sana hehe. lagi satu ! makanan tak bo;eh bawak masok ok. so makan la kt luar dulu. and nak beli makanan or minuman dalam tu pon boleh cuma MAHAL lah hhaah. and air pon mahal gila huhu. jenuh top-up duit au. keychain and segala mak nenek punya souvenirs kat sana cantik menarik dan tertarik. kami beli satu je sebab mahal sangat. huhu.

Tuje, having fun okay ? muah !



Image result for escape penang theme park

ni gambar opening hehe
yang ni lah monkey-bar. dia ada 4/5 stages. kalau korang rasa korang tu sado plus tak takut gayat boleh lah try no 3/4. saya try number 3 punya stages. sumpah penat gila. rasa nak giveup pon hado. tapi ingat korang dah masuk monkey-bar korang kene habiskan journey tu sampai garisan penamat. kalau korang lambat hadap lah kena marah dengan orang lain di belakang anda haha. so hadap je semua tu. tak takut pun hehehe.

Image result for escape penang theme park

yang ni pulak panjat . nama apa entah lupa, haha. masuk masuk escape tu nampk bende ni dulu. ha korang boleh try ah. kalau nak challenge dengan kawan tu boleh la. sebab dia ada set time dekat situ ikut sapa laju panjat dulu huhu. walaupun bertali, saya naik benda ni, still tak sampai atas and still nak turun tu ya Allah gugur jantung huhu. nampak mudah padahal astaghfirullah. hahahha. but you should try !


 Image result for escape penang theme park

yang ni pulak kalau siapa pernah niat nak jadi swinngger tu ha molek lah yg hasrat nak jadik gimnastik try ah, tapi sumpah tinggi nak naik ke platform dia, saya sampai ketaq lutut nak turun balik. bila dah swing tu macam macam fikir. aku terpelanting la apa la hahahhaa. yang pro boleh lah pusing pusing tukar palang untuk swing macam orang tak gimnastik macam saya ni boleh lah satu palang pon dah kira bagus hehe.



ha yg ni la platform dia. dia ada 3 dekat sini. tapi ada orang cakap stages 4 dia dalam hutan kot entah la hahaha. tu pon dah tinggi wehh . nak nanges rasa  hahaha. ni nak yg lebih tinggi pulak hahah
Related image

yang ni macam deretan rumah dalam tu tapi aku pon xpenah masuk hhhaah. tapi for muslims yang nak sembayang tu boleh ada surau jangan risau tapi kecik lah but sesuai kalau nak sembahyang so no worries ok?
loker juga dirovide kan so no worries, inshaAllah selamat barang anda hehe.
tuje bawah ni gambar kitorang have fun tapi xbanyak sgt sebab kitorang simpan fon hehe.





You Might Also Like

0 comments

Food Review : Kyochon 1991